Posted: 27 August, 2009 5:59 pm Post subject: Windows 7 Bakal Masuk Pasaran Tempatan Oktober 2009
Windows 7, versi baru sistem operasi Microsoft, telah bersedia untuk memasuki pasaran tempatan pada Oktober 2009.
Produk perisian itu dijangka menjadi penyumbang perolehan utama bagi Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2010.
"Ia adalah salah satu produk dan penyumbang perolehan utama kami," kata ketua pegawai pemasaran dan operasi Yasir Yousuff kepada pemberita , Khamis.
Bagi tahun kewangan ini, beliau berkata Microsoft mengambil pendirian berhati-hati walaupun optimistik tentang prospek dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.
"Ini hasil komitmen teknologi inovasi kami," kata Yasir sambil menambah bahawa Microsoft telah menetapkan pelaburan tertinggi bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) global iaitu AS$9.5 bilion (RM33 bilion) dalam usaha untuk memberikan penjimatan kos dan kecekapan operasi kepada pengguna.
"Inovasi bukan sahaja ciptaan. Ini ialah tentang penambahan kepada ciptaan dengan tujuan menjimatkan wang pengguna dan lebih produktiviti dan kecekapan," katanya.
Menurut Yasir, teknologi inovasi sentiasa menjadi kelebihan persaingan bagi Microsoft, membantu syarikat itu berkembang di sebalik ketidaktentuan ekonomi.
Sempena pelancaran global Windows 7, Microsoft akan turut melancarkan sistem operasi jaringan Windows Server 2008 R2.
Kedua-dua produk ini disasarkan untuk pengguna persendirian, perniagaan kecil dan sederhana serta syarikat-syarikat dan direka bentuk untuk meningkatkan produktiviti dan keselamatan sambil mengurangkan kos.
Produk-produk tersebut kini dalam persediaan untuk dilancarkan, dengan Western Digital dan AirAsia antara pengguna pertama di negara ini.
Firma penyelidikan International Data Corporation (IDC) mengunjurkan lebih 80 peratus pengguna profesional teknologi maklumat akan bertukar kepada Windows 7 dalam masa 30 bulan.
IDC turut menjangka 50 peratus perniagaan menaik taraf kepada Windows 7 sebaik sahaja ia dipasarkan, kata Yasir.
Beliau berkata dengan lebih 95 peratus pegangan bagi pasaran operasi komputer meja tempatan, Microsoft menjangkakan momentum yang sama di Malaysia.
Beliau berkata berdasarkan laporan IDC, Windows Server dianggarkan dapat mendominasi 85 peratus pasaran perisian tempatan.
Posted: 18 October, 2009 10:10 pm Post subject: Windows 7 bakal selamatkan Vista
SAN FRANCISCO: Microsoft akan melancarkan Windows 7 Khamis depan sebagai langkah pemulihan gergasi perisian Amerika Syarikat (AS) itu, selepas pengenalan sistem operasi generasi sebelumnya, Vista, yang dianggap memalukan.
"Ia adalah pelancaran yang penting bagi Microsoft. Windows Vista adalah satu kegagalan," kata penganalisis Kumpulan Enderle, Rob Enderle di Lembah Silikon, susulan pelancaran Windows7 tidak lama lagi.
Antara ciri menarik yang dimiliki Windows Vista termasuk mengetengahkan kelengkapan pintar yang mampu berkomunikasi antara satu sama lain iaitu komputer, televisyen, radio dan bingkai gambar digital.
Platform terkini Microsoft itu juga membolehkan pengguna merakam program televisyen ke komputer dan menonton rancangan yang dikehendaki dengan menggunakan mana-mana komputer yang disambungkan ke Internet menerusi perkhidmatan Live Microsoft.
Ia juga dilengkapi dengan keupayaan sesentuh skrin. - AFP
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
.: Disclaimer ::: Penafian:. SMKSYP1 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan data anda atau kerosakan sistem anda semasa melayari atau mendapatkan maklumat dari laman web ini. Mana-mana pihak yang merujuk kepada laman web ini adalah tidak dianggap sebagai agen yang disyorkan oleh pihak SMKSYP1.