VISI SEKOLAH

MENJADIKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1 SEBAGAI SEBUAH PUSAT PENDIDIKAN MENENGAH YANG TERUNGGUL UNTUK MELAHIRKAN WARGA PETRA YANG CEMERLANG DAN MAMPU BERSAING DI PERINGKAT ANTARABANGSA.

 

MISI SEKOLAH

MELAHIRKAN INDIVIDU YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG TINGGI, BERKETRAMPILAN, BERTAQWA DAN MEMPUNYAI SAHSIAH MULIA SERTA MAMPU MENGHADAPI CABARAN DAN MEMBERI SUMBANGAN YANG CEMERLANG KEPADA AGAMA , BANGSA DAN NEGARA.

 

FOKUS 2007

1.              PENINGKATAN PROFESIONALISMA GURU-GURU.

2.              PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN.

3.              KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN  DISIPLIN.

4.              PENERAJU JUARA KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM.

5.              SEKOLAH SELAMAT.

6.              ASRAMA PUSAT KECEMERLANGAN.

7.              KEINDAHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH.

8.              HUBUNGAN MESRA SEKOLAH - MASYARAKAT.

9.              MEREALISASIKAN SEKOLAH PREMIER.

10.           PEMUAFAKATAN DAN PERPADUAN ASAS KECEMERLANGAN.

 

 

TEMA SAMBUTAN JUBLI EMAS

“ TRADISI MEMBURU KEGEMILANGAN ”

 

MATLAMAT SEKOLAH

  1. Melahirkan pelajar berwawasan ,bermaklumat ,serta bertaqwa kepada Allah.
  2. Melahirkan pelajar yang cemerlang dan serba boleh dalam bidang akademik ,

ko-kurikulum dan sahsiah.

  1. Melahirkan pelajar yang cintakan agama, keluarga ,bangsa ,negara dan sekolahnya.
  2. Melahirkan pelajar yang kuat mental dan fizikal, dan bersedia untuk bersaing menghadapi cabaran dunia terbuka.
  3. Membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk membina ilmu menerusi pengalaman dan mengasah bakat dalam pelbagai kegiatan sepanjang masa persekolahannya.
  4. Mendorong pelajar untuk memburu kecemerlangan hasil segala usaha yang dilakukannya.

 

PIAGAM PELANGGAN PETRA

  1. Memastikan setiap pelajar mendapat peluang pendidikan yang sama, adil dan selesa.
  2. Bersedia memikul amanah dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dan dedikasi.
  3. Sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra, bermutu dan berkesan.
  4. Berusaha mempertingkatkan kurikulum dan ko-kurikulum.
  5. Bersegera mematuhi arahan dan teguran Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
  6. Mewujudkan kerjasama yang padu dan harmonis antara sekolah dengan ibu bapa, anggota masyarakat dan agensi-agensi luar.

 

IKRAR GURU PETRA

 

Bahawa sesungguhnya kami, guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 , dengan ini berikrar untuk menjalankan tugas sebagai pendidik di sekolah ini dengan penuh kasih sayang ,prihatin, bertanggungjawab ,ikhlas, jujur dan amanah serta menunaikan tugas kami dengan sepenuh hati seperti yang ditentukan dalam Piagam Pelanggan Petra yang telah kami sama-sama hayati dan akan melaksanakan tanggungjawab kami dengan penuh bijaksana untuk mewujudkan suasana pendidikan dan hasil pendidikan berdasarkan ‘Tradisi Memburu Kegemilangan’.