Sejarah SMKSYP1

SMK Sultan Yahya Petra 1 terletak di sebuah kawasan seluas

13 ekar 800 depa di atas lot 639, mukim Mengkebang, Jalan Camp,

Kuala Krai, Kelantan.Jaraknya lebih kurang 1.5 km dari bandar

Kuala Krai.Sekolah ini bermula sebagai Government English School

(Secondary) Kuala Krai dengan 40 murid tingkatan 1 dan seramai

 35 orang murid tingkatan Peralihan pada tahun 1957. Pada peringkat

awalnya , sekolah ini menumpang di Government English School

(Primary) di Jalan Kemahkotaan, Kuala Krai. Ia juga ditadbir bersama

dengan sekolah tersebut . Pada tahun 1958 ,namanya ditukar kepada

Yahya Petra School. Setahun kemudian, bahagian menengahnya berpindah

 ke tapak yang ada sekarang dengan nama Yahya Petra Secondary

School.Pada tahun 1964 pula, namanya telah ditukar kepada Sekolah

Menengah Sultan Yahya Petra dan pada tahun 1998 dikenali sebagai

 Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.Kini sekolah ini telah banyak

 membuat kejayaan gemilang dan telah diiktiraf sebagai salah sebuah

sekolah PREMIER.