
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan lagi pada tahun 2007 ini. Syabas dan
tahniah diucapkan kepada pasukan webmaster sekolah kerana berjaya membangunkan laman web
sekolah ini. Adalah diharapkan agar laman web ini menjadi sumber rujukan kepada semua warga PETRA
untuk mendapatkan apa-apa maklumat yang berfaedah.
Pada tahun ini, SMKSYP1 akan menyambut ulang tahun yang ke 50. Pihak sekolah akan mengadakan
sambutan Jubli Emas yang bertemakan "Tradisi Memburu Kegemilangan". Saya berharap semoga laman
ini boleh menjadi penghubung kepada pihak sekolah dengan bekas-bekas pelajar PETRA. Akhir sekali, saya
mengucapkan selamat melayari laman web PETRA. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua.
TRADISI MEMBURU KEGEMILANGAN